saat sendiri teringat kembali.. suka duka berdiri di dunia ini.. saat ini nikmatilah nukilan ini.. terbitnya dari diriku sendiri..

Ahad, 30 Oktober 2011

PERLUKAH CINTA DI HATI INI??

"assalamualaikum ummi..apa khabar ummi disana?".tanya Qaisara kepada ibunya..setelah hampir setengah jam perbualannya bersama ibunya Qaisara memutuskan talian.."kau ni kenapa pulak Qaisara..masam je aku tengok.sebelum telefon tadi kemain seronok nak bercakap dengan ummi kau..kenapa ni..kau ada masalahke..cuba kau bagitau.."ujar khadijah, teman serumah Qaisara. "ijah,,aku ada masalahlah..apa pendapat kau ye tentang masalah aku nie?"soal Qaisara sayu." kau bagitau pun tidak masalah kau tu dahtu kau tanya aku..apa aku nak jawabni..pening kepala aku dah tengok kau ni..cuba bagitau perlahan-lahan.. Qaisara merenung tepat ke mata khadijah.. "aku.. "oh macamtu, kau ikutkan sahaja cakap ummi kau tu..kan senang.."sambung khadijah. "kau gila? aku tak kenal pun siapa orangnya,hidup dengannya bukan untuk sehari dua tahu tak?"bentak Qaisara tinggi.. "tadi kau tanya aku, dah aku jawab kau marah..sedihnya hati aku ni..ujar khadijah menundukkan mukanya sambil memuncungkan bibirnya kehadapan.. Qaisara yang memandang ke muka Khadijah terus ketawa besar.."hahaha macamlah lawa sangat kau buat muka jebik macamtu.."Qaisara ketawa berterusan..tanpa sedar fikirannya terbayang saat indah bersama sahabat baiknya di dunia kanak-kanaknya.. "sara, dah besar nanti Haziq nak temankan Sara sampai tua boleh..kita jadi macam tok Leman dengan Tok Kiah tu nak..berkepit je bila berjalan.."Haziq berkata sambil menggayakan jalan sambil terbongkok-bongkok.."HAHAHA"..Qaisara ketawa melihat gelagat Haziq mengajuk cara tok Leman dan Tok Kiah yang uzur itu berjalan. "hei Sara..sara..kau sedar tak aku panggil ni..sara.." "astaghfirullah al azim..berkhayal pulak aku...."pintas Qaisara "dah nak masuk waktu maghrib ni..marilah kita.."ujar Khadijah mereka bersurai ke bilik masing-masing..
'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ku Dendangkan