Nukilan Hati QisQas

saat sendiri teringat kembali.. suka duka berdiri di dunia ini.. saat ini nikmatilah nukilan ini.. terbitnya dari diriku sendiri..

Khamis, 11 November 2021

"Ha Qaisara..kenapa dengan kau ni,macam mana dengan perjumpaan dengan bakal suami kau tadi?" tanya khadijah ingin tahu. "Ah, aku tak suka lah dia ! "ujar Qaisara marah. Khadijah pelik. " Kau dah kenapa Qaisara ? Aku cuma bertanya sahaja. Yang kau marah sangat ni dah kenapa ? Soal khadijah ingin tahu. 

" Aku tak sempat berkenalan pun dengan dia. aku terus tinggalkan sahaja dia keseorangan di situ. Puas hati aku .Qaisara menjawab sinis. 

Ahad, 30 Oktober 2011

PERLUKAH CINTA DI HATI INI??

"assalamualaikum ummi..apa khabar ummi disana?".tanya Qaisara kepada ibunya..setelah hampir setengah jam perbualannya bersama ibunya Qaisara memutuskan talian.."kau ni kenapa pulak Qaisara..masam je aku tengok.sebelum telefon tadi kemain seronok nak bercakap dengan ummi kau..kenapa ni..kau ada masalahke..cuba kau bagitau.."ujar khadijah, teman serumah Qaisara. "ijah,,aku ada masalahlah..apa pendapat kau ye tentang masalah aku nie?"soal Qaisara sayu." kau bagitau pun tidak masalah kau tu dahtu kau tanya aku..apa aku nak jawabni..pening kepala aku dah tengok kau ni..cuba bagitau perlahan-lahan.. Qaisara merenung tepat ke mata khadijah.. "aku.. "oh macamtu, kau ikutkan sahaja cakap ummi kau tu..kan senang.."sambung khadijah. "kau gila? aku tak kenal pun siapa orangnya,hidup dengannya bukan untuk sehari dua tahu tak?"bentak Qaisara tinggi.. "tadi kau tanya aku, dah aku jawab kau marah..sedihnya hati aku ni..ujar khadijah menundukkan mukanya sambil memuncungkan bibirnya kehadapan.. Qaisara yang memandang ke muka Khadijah terus ketawa besar.."hahaha macamlah lawa sangat kau buat muka jebik macamtu.."Qaisara ketawa berterusan..tanpa sedar fikirannya terbayang saat indah bersama sahabat baiknya di dunia kanak-kanaknya.. "sara, dah besar nanti Haziq nak temankan Sara sampai tua boleh..kita jadi macam tok Leman dengan Tok Kiah tu nak..berkepit je bila berjalan.."Haziq berkata sambil menggayakan jalan sambil terbongkok-bongkok.."HAHAHA"..Qaisara ketawa melihat gelagat Haziq mengajuk cara tok Leman dan Tok Kiah yang uzur itu berjalan. "hei Sara..sara..kau sedar tak aku panggil ni..sara.." "astaghfirullah al azim..berkhayal pulak aku...."pintas Qaisara "dah nak masuk waktu maghrib ni..marilah kita.."ujar Khadijah mereka bersurai ke bilik masing-masing..
'

Isnin, 9 November 2009

BHGN 2

"awak Qaisara?saya Irfan.selamat berkenalan"Irfan menghulurkan salam perkenalan.." ermm.. ya, saya Qaisara.."disambut Qaisara lemah.."silalah duduk..takkan kita nak berbual sambil berdiri sahaja kan.."perli Irfan..Qasrina serba salah..hatinya berdegup kencang.."apa ni..aku nak risau kenapa pula..bukankah aku dah nekad nak beritahu yang aku tak setuju pada perkahwinan yang dirancang ini..ahh" rungut Qaisara di dalam hati.."cik manis..oh cik manis..dengar tak saya cakap ni.."tegur Irfan.."cik manis sara,kalau sara dah berjaya ,jangan lupa pada saya ya."terdengar di telinga Qaisara pesanan Haziq dulu.. "maaf, awak panggil saya apa tadi?" soal Qaisara tinggi kepada Irfan..Irfan pelik dengan tingkah laku Qasrina yang tidak tentu arah itu.awak ni kenapa ni..tiba-tiba je nak marah saya pulak..?Irfan ingin tahu.. "saya tanya awak, awak tak jawab ,dah tu awak tanya saya pula.dahlah.saya pergi dulu.."ujar Qaisara berlalu pergi meninggalkan Irfan termangu sendirian..tanpa sempat bertindak,Qaisara hilang dari pandangannya.."Sara ...Sara" ujar Irfan menggelengkan kepala sambil tersenyum... '

Jumaat, 30 Oktober 2009

salam perkenalan ku hulurkan ikhlas dari diriku sebagai tanda persahabatan harap kalian sudi berkongsi pengalaman sebagai tanda eratnya persahabatan
'

Ku Dendangkan